Skip to main content

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Hai korang. aku nak share something kat korang. mana tahu ia bermafaat untuk korang or famili korang. intro dulu. aku kerja di Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. banyak waris yang tanya macam mana cara hendak buat pembahagian harta pusaka bila seseorang waris meninggal. sebab 2 aku nak share supaya waris tahu sedikit tentang pembahagian harta pusaka ini:

*INILAH SERBA SEDIKIT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA*

1.   PENGENALAN
1.1.      Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil.
1.2.      Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin

2.   UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
2.1.       Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta mengeluarkan     perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan
2.2.       Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan ( Borang A dan Borang P ) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan

3.   APAKAH HARTA PUSAKA KECIL
3.1.    Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-
a)       Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b)       Harta itu terdiri daripada :
           i)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
          ii)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan         sebagainya
c)      Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1 September 2009) pada tarikh permohonan dibuat

4.   CARA  MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (SEKSYEN 8) - AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
4.1.     Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam Borang A
4.2.     Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
a)        Bukti Kematian
            i)       Sijil kematian/permit menguburkan;  atau
           ii)       Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
           iii)      Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dalam keadaan  seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13    Mei  1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.
b)       Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada)
c)         Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.

5. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON
5.1.       Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
a)         Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b)         Pemiutang dan pengkaveat;
c)         Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d)         Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
e)         Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
 f)         Amanah Raya Berhad .

6.  DI MANAKAH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN
6.1          Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak.
6.2          Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak.

7.  MENGHADIRI PEMBICARAAN
7.1.       Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain  dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan.
7.2.       Semua pihak yang diminta  hadir adalah dikehendaki hadir  di hari pembicaraan .
7.3.       Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi  secara bersumpah/berikrar.
7.4.       Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret , Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu www.kptg.gov.my

8.  CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
8.1.       Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
8.2.       Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
8.3.       Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
8.4.       Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan - kawasan Penempatan Berkelompok )1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
8.5.       Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
8.6.       Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

9.  JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN
9.1.       Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 ½ bulan bagi Permohonan Baru – Borang A Seksyen 8
9.2        Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam daerah yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.

10.  RAYUAN TERHADAP PERINTAH
10.1        Mana - mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah  itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)

11.  PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
11.1.     Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
11.2.     Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi /institusi yang bertanggungjawab   terhadap harta alih tersebut.

12.  PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)
12.1.     Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang A- Seksyen 8 Akta ) telah diselesaikan.
a)         Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
             i)         Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
            ii)         Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
           iii)         Apabila perlu melantik seorang  pentadbir yang baru;
            v)         Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
           iv)         Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
12.2.     Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P

13.  MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA
13.1.     Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
13.2.     Memudahkan proses pembahagian pusaka.
13.3.     Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua waris.
13.4.     Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
13.5.     Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut.

14. BAYARAN
14.1.    Bayaran Pendaftaran:
a)         Percuma bagi permohonan baru (Borang A - Seksyen 8-Akta )
b)         Percuma  bagi Permohonan Berikutnya ( Borang P - Seksyen 17 Akta ).
14.2.    Bayaran Selepas pembicaraan :

a)          Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan harta simati:    
 ●   RM1.00 hingga RM1,000.00 bayaran perintah adalah RM10.00, jika RM1,001 hingga RM50,000 bayaran perintah RM30.00 manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintahadalah 0.2% dari nilaian harta si mati.
b)         RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c)         Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d)         Duti Harta Pusaka - (jika ada)  akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e)         Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f)          Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan RM 10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya.
14.3.     Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah  seperti berikut:
a)         RM 50.00  bagi bayaran  fee rayuan;
b)         RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c)         Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
14.4.    Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00- bagi setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya
 
15. CIRI - CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
15.1.   Di antara ciri-ciri istimewa  dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
a)         Borang permohonan ( Borang A ) boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah;
b)         Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
c)         Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d)         Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa - apa bayaran;
e)         Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta simati;
 f)         Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.

Takrif Harta Pusaka Kecil
Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan  peraturan pewasiatan dalam Islam.

Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil
Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:
1.Bukti Kematian

  • Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
  • Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
  • perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
  • perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.
2.Salinan Hakmilik
  • Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;
3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:
  • Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).

Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:

  • Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
  • Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
  • Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
  • Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
  • Amanah Raya Berhad.

Menghadiri pembicaraan

  • Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
  • Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
  • Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.
aku harap waris dapat tahu serba sedikit mengenai cara - cara pembahagian harta pusaka ni. lau nak tahu lebih lanjut blh lepak dekat Wow Wei Wui JKPTG atau boleh berjalan2 ke cawangan yang berdekatan dengan rumah anda 😁.

link :
https://www.jkptg.gov.my/my/ 


Comments

Popular posts from this blog

TANAH LOT LIDI ?

Assalamualaikum Guys. Hari ini aku nak buka topik pasal tanah Lot Lidi. bukan penyapu lidi nooo 😂. Kenapa isu ni?. SEBAB sekarang harga tanah memang mahal tetapi ada juga tanah yang memang murah. Tanah yang murah itula tanah LOT LIDI. Apa itu tanah Lot Lidi. Lot lidi merupakan tanah yang mempunyai geran  sah namun akan dibahagikan kepada beberapa lot  yang kecil untuk dijual semula kepada pembeli. Biasanya, ia merupakan tanah yang berstatus tanah  pertanian tetapi dijual sebagai lot bangunan kepada pihak pembeli yang lain. Lot lidi juga  tidak  mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan  bersama. Dengar maksud pun dah seram kan.  Mau x seram, ibarat beli tanah tp xde nama..Rugi woo😌. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada tanah yang dijual ini merupakan tanah lot lidi: Dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah masih pertanian Pembelian bukan mengikut prosedur jual beli me...

yeyeyeyeyeye hari ni gaji $$$

assalamualaikum korang...kekeke..ap cer..sori sangat u alls x update blog...bersawang blog den ni..kekekeke ( gelak jahat ).. maklumlah bz benor teman..balik umah terus zzz...huk huk.. ok anyway apa plan korang cuti hujung minggu ni.. bagi yang kerja gov memang best le sebab.....                                                                    $$$$gaji dah kuar wei$$$ awal kan tiba2 bank kita mengandung ...upenye dah gaji...sebab apa gaji gov bulan ni awal..sebab nye    nak angpau..huk..huk so boleh la support yang mana hendak balik kampung..tapi mesti kena jimat sebab bulan depan... glrpppp ..lama siut nak menunggu..huhuhuhu..so memang kena spare du...

kembali semula.....hilang lama weiiii....muahhhh

Assalamualaikum korang....perh...giler lama ak senyap...kekeke...5 bulan oooooooo....sebelum 2 aku nak cakap something... hehehe....korang rindu aku x..mesti korang rindu kan..hehe..sebenarnye dalam beberapa bulan ni aku bz gilerr...dengan kerja..dengan outstation...dengan raya..dengan ehem3. ..ops...tbatuk sat.. :p ... apapun ak nak say thanks sbb masih ada yg sudi usah2 blog aku ni...ni baru aku habis buang sawang..aduhhh spider boleh beranak kot....mcm mn raya korang..best x...up sikit... :) .. ok...mlm ni den update cer terbaru... nantikan............... ps-> adasimpankuihrayauntukakux. ... "TERIMA KASIH KUNJUNG BLOG KITA YG SAKAI NI"