Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

KJ, Noh Omar dipecat UMNO

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberikan respons pertama sejurus selepas parti berkenaan memecat beliau pada Jumaat. Menerusi ciapan di Twitternya, bekas Ahli Parlimen Rembau menyatakan beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO. “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. “Unbowed, unbent, unbroken,” katanya pada Sabtu. Selain Khairy, turut dipecat ialah bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mempertikaikan penggantungan beliau dan meminta agar Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat beliau daripada parti. UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

Nad Zainal Kahwin

 Sah. P asangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini sah bergelar suami isteri. Menerusi kemas kini terbaharu yang dikongsikan Nad dalam Instagram miliknya, dramatis itu memuat naik beberapa keping foto termasuk sekeping gambar dahinya dicium Ungku usai disatukan dalam sebuah majlis pernikahan. “Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas. Dalam hantaran itu juga, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki. Turut tertera, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah. Berita gembira yang dikongsikan pelakon bertubuh kecil molek itu turut mendapat perhatian ramai rakan artis apabila masing-masing meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan perkahwinan kedua Nad dan pertama buat Ungku itu berkekalan sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah. Tahniah Nad dan Ungku,” ucap pengacara Uyaina A...

PERODUA BEZZA

Assalamualaikum guys. Apa khabar. Sihat?. Tq korang still lagi terjah blog ni. Anyway belum terlambat ak nak wish Happy New Year 2023 . Semoga korang lagi bahagia dan lebih kuat pada tahun ini. Untuk permulaan tahun ni, aku nak share kat korang kereta yang paling gempak. Korang pun mesti  tahu kan kereta ap, Paling laris sampaai waiting list dekat 6 bulan kot 😓. Kereta yang paling dalam pasaran Malaysia ialah PERODUA BEZZA 😋. Sebab apa laris? ni yang aku nak sembang dengan korang.  Sebelum itu, ni spesifikasi PERODUA BEZZA, Model perodua ini ada dua jenis enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Bagi 1.3 ada pula dua jenis yang korang boleh pilih iaitu 1.3 Premium X dan 1.3 AV (Modul Tertinggi) .  Disini dilampirkan spesifikasi Bezza  Bezza 1.0 Varian ini datang dengan enjin 1,000 cc (1.0 liter) 1KR-VE , versi Perodua enjin  Toyota  1KR-DE, yang ia dilengkapi dengan VVT-i, Dengan  67 kuasa kuda dan 91Nm tork , cukup untuk bergerak dari point A ke B. Walaupun en...