Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

TAKZIAH WARIS MH370

Hai korang.hari ni seluruh rakyat Malaysia berduka n sedih.lebih2 lagi waris MH370. sebab semalam DCA memaklumkan semua anak kapal n penumpang MH 370 dianggap sudah meninggal dunia n kehilangan pesawat tersebut adalah satu kemalangan. SUMBER BERITA HARIAN: Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1, sebentar tadi. "Kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Chicago Convention," katanya. Dengan pengisytiharan itu, kerajaan memahami ia suatu yang sukar kepada semua waris 239 penumpang dan anak kapal. "Tanpa mengguris perasaan setiap ahli keluarga mangsa yang terkorban, pengumuman ini diharapkan mampu memberi bantuan yang m...

AZAD JASMIN DAN EIRA SYAZIRA MANGSA MLM???

Punoh!! satu perkataan dari mulut aku.. MLM yang diaorang buat hancus.. mereka masuk biz Rania Makerting. nak tahu siapa owner syarikat ni? owner syarikat adalah Datin Muniroh Shuhaimy yang juga ibu kepada bekas isteri Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani. Azad Jasmin dan Eira Syazira akan adakan press conference tidak lama lagi untuk cerkan keadaan sebenar. untuk pengetahuan korang, lebih kurang 1,000 orang telah join di bawah pasangan suami isteri ini yang tidak mendapat habuan selepas melabur. Kata Eira:- Kami berdua memang tidak ada kena mengena dengan Rania Marketing lagi. Buat masa ini kami tidak boleh berkongsi apa lagi dengan pihak media, tetapi dalam waktu terdekat ini kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Hampir 1,000 orang di bawah saya yang terjejas kerana langsung tidak mendapat pulangan daripada pelaburan yang mereka buat. Jadi sebagai orang yang bertanggungjawab yang memperkenalkan perniagaan ini kami mahu perjuangkan hak m...

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

Hai korang. aku nak share something kat korang. mana tahu ia bermafaat untuk korang or famili korang. intro dulu. aku kerja di Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. banyak waris yang tanya macam mana cara hendak buat pembahagian harta pusaka bila seseorang waris meninggal. sebab 2 aku nak share supaya waris tahu sedikit tentang pembahagian harta pusaka ini: *INILAH SERBA SEDIKIT MENGENAI PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA* 1.   PENGENALAN 1.1.      Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil. 1.2.      Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin 2.   UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL 2.1.       Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta mengeluarkan  ...

KISAH BENAR : REZEKI DARI ALLAH

Cerita petang tadi. Benar-benar terkesan di hati saya. Sejak petrol turun harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol. Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle sebelah tangan kiri, tu sambil tu tangan kanan menutup lubang minyak tu.. buat lambat2 sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk. Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak m...

MUTIARA KATA VERSI ENGLISH

  Nah, untuk korang semua: “You do not live at once. You only die once and live every day.” Anda tidak hidup sekali. Anda hanya mati sekali dan hidup setiap hari. “We will never know the real answer, before you try.” Kita tidak akan pernah mengetahui jawaban yang sebenarnya, sebelum kita mencoba. “Tranquility can be found when we are with God.” Ketenangan bisa kita temukan apabila kita bersama Tuhan. “If you want the respect of others, you must respect yourself first.” Jika anda ingin dihargai orang lain, maka hargailah diri anda sendiri. “Nothing is impossible. Anything can happen as long as we believe.” Tidak ada yang mustahil. Semua bisa terjadi asalkan kita percaya. “The more we are grateful, the more happiness we get.” Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyak kebahagiaan yang kita dapatkan. “Your biggest mistake is dying including your poverty.” Kesalahan terbesar anda adalah meninggal dengan kemiskinan. “Be a strong wall in the hard t...

MUTIARA ULAMA

Hai korang. hari ni aku nak share kat korang mutiara kata ulama. moga dapat masuk sedikit dalam hati kita. Amin Mutiara Kata Imam Hasan Al-Basri “Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan” Imam Hasan Al-Basri adalah salah seorang daripada Ulama’ terkemuka dari kalangan Tabi’in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin. Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; “Ya Allah, jadikanlah Dia faham agama dan jadikan orang-orang mencintai...