Skip to main content

Al - Fatihah Nur Syuhada

assalamualaikum korang. macam mana cuti panjang. best x. keke. mesti korang buat cuti dengan aktiviti yang best kan. anyway semasa enjoy ada juga kes yang x best n memang kejam. korang mesti tahu kes ap kan. emm sebelum 2 mari sama2 sedekah al - fatihah kepada nur syuhada. th x siapakah nur syuhada ni. nur syuhada ialah mangsa kelar oleh lelaki yang minat giler kat dia. dikatakan lelaki ni mengalami sakit mental. kejadian berlaku di highway plus arah utara. btl2 kat kampung den, taiping. kesian nur syuhada. belum mengapai impian dah diperlakukan macam 2. dunia nak tbalik kan. menurut sumber, lelaki ni telah mengacau nur syuhada lebih kurang 3 tahun. perh.. lama 2. n menurut sumber, kes berlaku akibat cinta ditolak. famili nur ni x bgi sebab lelaki ni penagih dadah. memang la. lau adik gegirl den pun x bagi lau bf penagih dadah. fakta lanjut seperti berikut;

“Lelaki itu sudah cuba berkawan rapat dengan Nur Syuhada sejak zaman sekolah lagi, tetapi arwah tidak melayan.
“Namun, saya tidak sangka dia sanggup membunuh kerana menolak cintanya. Saya sudah banyak kali melarang dia (lelaki itu) termasuk membuat laporan polis, tetapi dia tidak mengendahkannya,” kata Johari Hashim, bapa kepada Nur Syuhada, 20, yang mati dikelar rakan lelakinya dalam sebuah kereta Proton Perdana di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang, Perak, kelmarin.
Difahamkan, Nur Syuhada, pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang berkenalan dengan suspek sejak empat tahun lalu.
“Dia mula berkawan dengan anak saya sejak arwah di tingkatan lima, tetapi anak saya tidak mahu kerana sikapnya yang terlalu obses.
“Anak saya hanya mahu berkawan, tetapi dia mahu menjalinkan hubungan serius menyebabkan arwah tidak melayannya.
“Malah, arwah pernah memberitahu kami yang lelaki itu sering mengganggunya. Saya pernah menelefon dan menghantar SMS kepada dia supaya jangan mengganggu anak saya.
“Dia juga pernah memecahkan pintu di rumah lama saya di Taman Sri Hosba di sini dan cuba melarikan anak saya kira-kira empat tahun lalu.
“Dia juga pernah ditahan beberapa kali dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Cherok Mokkan, Mukim Hosba di sini, semalam.
Menurutnya, dia juga sudah membuat aduan kepada keluarga lelaki terbabit, namun tiada penyelesaian, malah lelaki itu semakin bertindak ganas.
Ketika ditanya mengenai kejadian itu, Johari berkata, dia mengetahui insiden itu apabila seorang rakan Nur Syuhada menghubungi isterinya Nor Azlina Dawari, 44, memaklumkan anaknya diugut sebelum dilarikan lelaki itu dari kampus UiTM, Pulau Pinang.
“Saya diberitahu arwah akan dicederakan jika tidak mahu menaiki kereta lelaki itu.
“Isteri saya cuba menghubungi arwah beberapa kali, tetapi panggilan telefon tidak dijawab. Saya juga menghubungi ibu bapa lelaki itu meminta bantuan.
“Namun, selepas beberapa jam, saya dimaklumkan ibu lelaki itu, anaknya sudah mengelar leher arwah sambil memberi alasan mempunyai penyakit mental dan tidak mengambil ubat ketika ditahan di balai polis,” katanya.
Menurutnya, dia menyifatkan kematian anaknya dalam keadaan syahid kerana bertindak mempertahankan diri.
Ibu arwah, Nor Azlina berkata, dia reda akan pemergian anaknya, malah tenang ketika melihat jenazah anaknya yang dilihat dalam keadaan tersenyum.
Jenazah Nur Syuhada selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, jam 11 pagi, semalam.
akhbar semalam melaporkan seorang penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dikelar oleh rakan lelakinya dalam sebuah kereta di Kilometer 228.2, Lebuh raya Utara-Selatan arah selatan di Bukit Gantang, Perak.
Mangsa yang juga pelajar tahun pertama meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Hospital Kuala Kangsar.
Sumber berkata, dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu, mangsa dikatakan berselisih faham dengan rakan lelakinya berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka sebelum lehernya dikelar dengan pisau oleh lelaki berkenaan.
sumber: harian metro
kepada famili nur syuhada takziah daripada reddivelstyle. moga roh ditempatkan dalam golongan mukmim. amin. kepada lelaki yang kelar leher gadis ni..one word.. tali gantung menunggumu..






Comments

Popular posts from this blog

TANAH LOT LIDI ?

Assalamualaikum Guys. Hari ini aku nak buka topik pasal tanah Lot Lidi. bukan penyapu lidi nooo 😂. Kenapa isu ni?. SEBAB sekarang harga tanah memang mahal tetapi ada juga tanah yang memang murah. Tanah yang murah itula tanah LOT LIDI. Apa itu tanah Lot Lidi. Lot lidi merupakan tanah yang mempunyai geran  sah namun akan dibahagikan kepada beberapa lot  yang kecil untuk dijual semula kepada pembeli. Biasanya, ia merupakan tanah yang berstatus tanah  pertanian tetapi dijual sebagai lot bangunan kepada pihak pembeli yang lain. Lot lidi juga  tidak  mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan  bersama. Dengar maksud pun dah seram kan.  Mau x seram, ibarat beli tanah tp xde nama..Rugi woo😌. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada tanah yang dijual ini merupakan tanah lot lidi: Dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah masih pertanian Pembelian bukan mengikut prosedur jual beli me...

yeyeyeyeyeye hari ni gaji $$$

assalamualaikum korang...kekeke..ap cer..sori sangat u alls x update blog...bersawang blog den ni..kekekeke ( gelak jahat ).. maklumlah bz benor teman..balik umah terus zzz...huk huk.. ok anyway apa plan korang cuti hujung minggu ni.. bagi yang kerja gov memang best le sebab.....                                                                    $$$$gaji dah kuar wei$$$ awal kan tiba2 bank kita mengandung ...upenye dah gaji...sebab apa gaji gov bulan ni awal..sebab nye    nak angpau..huk..huk so boleh la support yang mana hendak balik kampung..tapi mesti kena jimat sebab bulan depan... glrpppp ..lama siut nak menunggu..huhuhuhu..so memang kena spare du...

kembali semula.....hilang lama weiiii....muahhhh

Assalamualaikum korang....perh...giler lama ak senyap...kekeke...5 bulan oooooooo....sebelum 2 aku nak cakap something... hehehe....korang rindu aku x..mesti korang rindu kan..hehe..sebenarnye dalam beberapa bulan ni aku bz gilerr...dengan kerja..dengan outstation...dengan raya..dengan ehem3. ..ops...tbatuk sat.. :p ... apapun ak nak say thanks sbb masih ada yg sudi usah2 blog aku ni...ni baru aku habis buang sawang..aduhhh spider boleh beranak kot....mcm mn raya korang..best x...up sikit... :) .. ok...mlm ni den update cer terbaru... nantikan............... ps-> adasimpankuihrayauntukakux. ... "TERIMA KASIH KUNJUNG BLOG KITA YG SAKAI NI"