Skip to main content

port terbaik masa bercuti

Assalamualaikum korang..hehhehe...best nye esok cuti hujung minggu..pas 2 monday tosday wenesday kerja...pas 2 cuti panjang pula..kekeke..cuti apa??? cuti naga terbang leee(selamat tahun baru cina)...mesti korang dah plan nak p mana kan...ada yang home sweet village...n ada yang nak p relax kan otak sebab otak jadi kilang cili padi..keke..jangan marah..nanti kedut muka..ok aku nak share kan port yang best untuk korang skodeng...mana tahu korang nak skodeng port yang korang minat..kekeke


port best untuk lepak:

**PANTAI KLEBANG, MELAKA**
(pinjam sat no cik bloger..hehe)

port ni memang jadi port fav aku bila stress..sanggup oo drag dari Putrajaya ke Klebang..pantai Klebang memang gempak bila hujun minggu..ramai yg lepak sini..pantai dia putih bersih..n sbb paling best aku sanggup lepak sini kerana...

jeng..jeng..jeng..

u see what i se...manyak shok oo...bus transform jadi cafe..makanan memey yummy yummy n harga x mahal n x murah..pendek cer berbaloi la..kekeke n yang lg best...

 

bus kawin dengan hotel= bustel..keke..gempak kan...tapi lau korang nak overnight kena book siap2 sbb takut korang kecewa lau walk in...memey le..hotel rare kot..keke


**CHERATING, PAHANG**

 

lau korang nak cuti kat beach(bukan boom beach tau) jauh sikit korang boleh lepak kat Cherating, Pahang..lau drag 3 jam dari KL..keke..sini korang boleh chill,mumum kopok lekor, satar, or makanan yang susah nak dapat kat KL..hotel pun berpatutan tapi make sure pilih hotel yang korang impikan..n cari hotel yang best..yela..kata bercuti kan..sekali sekala labur apa salahnya..keke

**GENTING HIGHLAND, PAHANG**


ini  memey port kesukaan ramai...kat sini la korang boleh rasa game yang memey buat korang pengsan or muntah..keke..satu hari x cukup oo nak main semua game..mau x nye..game ada 2 site..inddor n outdoo(tp outdoor renovate)..lau drag dari KL satu jam je..keke..tapi make sure korang fly awal..bukan apa..korang akan puas sbb dapat jelajah satu taman tema ni..

**BUKIT TINGGI, PAHANG**

 

wow...korang jangan ingat kat oversi ada bangunan macam ni..kat Malaysia pun ada tau..keke..lau korang nak merasai bercuti ala Europe blh lepak kat sini..korang akan rasa lain dari yang lain..tapi stand bye la poket tebal2..sebab hotel n makan kat sini agak mahal..

banyak lagi port yang best untuk lepak dalam Malaysia...just rajin2 kan diri untuk search dkt cik google..n sini ada tips untuk korang bercuti..hope sedikit sebanyak dapat bantu korang..

Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.
Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.

hope korang enjoy dengan cuti korang..hehe..jom cuti cuti malaysia..

***sob..sob..nak p mn...pecah pale pikir** 







Comments

Popular posts from this blog

TANAH LOT LIDI ?

Assalamualaikum Guys. Hari ini aku nak buka topik pasal tanah Lot Lidi. bukan penyapu lidi nooo 😂. Kenapa isu ni?. SEBAB sekarang harga tanah memang mahal tetapi ada juga tanah yang memang murah. Tanah yang murah itula tanah LOT LIDI. Apa itu tanah Lot Lidi. Lot lidi merupakan tanah yang mempunyai geran  sah namun akan dibahagikan kepada beberapa lot  yang kecil untuk dijual semula kepada pembeli. Biasanya, ia merupakan tanah yang berstatus tanah  pertanian tetapi dijual sebagai lot bangunan kepada pihak pembeli yang lain. Lot lidi juga  tidak  mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan  bersama. Dengar maksud pun dah seram kan.  Mau x seram, ibarat beli tanah tp xde nama..Rugi woo😌. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada tanah yang dijual ini merupakan tanah lot lidi: Dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah masih pertanian Pembelian bukan mengikut prosedur jual beli me...

yeyeyeyeyeye hari ni gaji $$$

assalamualaikum korang...kekeke..ap cer..sori sangat u alls x update blog...bersawang blog den ni..kekekeke ( gelak jahat ).. maklumlah bz benor teman..balik umah terus zzz...huk huk.. ok anyway apa plan korang cuti hujung minggu ni.. bagi yang kerja gov memang best le sebab.....                                                                    $$$$gaji dah kuar wei$$$ awal kan tiba2 bank kita mengandung ...upenye dah gaji...sebab apa gaji gov bulan ni awal..sebab nye    nak angpau..huk..huk so boleh la support yang mana hendak balik kampung..tapi mesti kena jimat sebab bulan depan... glrpppp ..lama siut nak menunggu..huhuhuhu..so memang kena spare du...

kembali semula.....hilang lama weiiii....muahhhh

Assalamualaikum korang....perh...giler lama ak senyap...kekeke...5 bulan oooooooo....sebelum 2 aku nak cakap something... hehehe....korang rindu aku x..mesti korang rindu kan..hehe..sebenarnye dalam beberapa bulan ni aku bz gilerr...dengan kerja..dengan outstation...dengan raya..dengan ehem3. ..ops...tbatuk sat.. :p ... apapun ak nak say thanks sbb masih ada yg sudi usah2 blog aku ni...ni baru aku habis buang sawang..aduhhh spider boleh beranak kot....mcm mn raya korang..best x...up sikit... :) .. ok...mlm ni den update cer terbaru... nantikan............... ps-> adasimpankuihrayauntukakux. ... "TERIMA KASIH KUNJUNG BLOG KITA YG SAKAI NI"