Skip to main content

ANUGERAH JUARA LAGU KE36


KEPUTUSAN

👉Juara Lagu: Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila & Shila Amzah); RM 100,000 dan trofi 

👉Naib Juara: Cinta (Marsha Milan); RM 50,000 dan trofi 

👉Tempat Ketiga: Mimpi (Haqiem Rusli); RM 30,000 dan trofi 
 
👉Vokal Terbaik: Sepi (Aina Abdul); RM 12,000 dan trofi 
 
👉Persembahan Terbaik: Cinta (Marsha Milan); RM 18,000 dan trofi 

👉Penyanyi Pilihan Popular AJL: Nafas Cinta (Aina Abdul dan Khai Bahar); RM 5,000 dan trofi 


TRIVIA

👉Lagu Pelukan Angkasa merupakan lagu tertua yang pernah memenangi pentas akhir AJL. Lagu tersebut dilancarkan pada 18 September 2019 dan mengambil masa kira-kira 2 tahun dan 5 bulan sebelum memenangi Juara Lagu. Malah, lagu ini juga dilancarkan sebelum juara edisi sebelum ini iaitu Gila (31 Julai 2020). 
 
👉Kumpulan SOG merupakan band indie ketiga selepas Kumpulan Estranged (2007) dan Kumpulan Meet Uncle Hussien (2008) untuk menjuarai Juara Lagu. 
 
👉Kumpulan SOG juga merupakan band indie hardcore metal pertama membuat penampilan di pentas akhir dan menjuarai Juara Lagu. 
 
👉Edisi kali ini menyaksikan penyertaan kali pertama penyanyi yang sudah lama bertapak dalam industri muzik tanah air iaitu Marsha Milan selepas memulakan karier muziknya 16 tahun lalu. 

👉Edisi kali ini merupakan penampilan pertama Noraniza Idris dalam pentas akhir AJL sejak AJL20 (2005). 
 
👉Edisi AJL kali ini menampilkan beberapa muka baharu yang pertama kali bertanding iaitu Kumpulan SOG, Yonnyboii, Bunga Isme dan Marsha Milan. Selepas menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza pada edisi lepas, Shiha Zikir pula pertama kali bertanding dengan lagunya sendiri. 

👉Terdapat satu (1) penyanyi gantian untuk edisi kali ini apabila Syamel menggantikan Ernie Zakri yang baru sahaja melahirkan anak. 
 
👉Shila Amzah akhirnya berjaya menjuarai pentas akhir AJL buat kali pertama dalam sejarah dalam penyertaan kelima beliau dalam Juara Lagu. Beliau sebelum ini pernah menjadi naib juara menerusi lagu Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor, 2011) dan Masih Ada Cinta (2014). 

👉Edisi kali ini menyaksikan Stacy (Bunga Cantik) berjaya menaiki pentas AJL sebagai salah seorang pemenang buat kali pertama sebagai seorang komposer. Beliau sebelum ini gagal memenangi sebarang anugerah dalam tujuh (7) penyertaannya dalam AJL sebagai penyanyi. 

👉Menurut ketua juri Datuk Mokhzani Ismail, perbezaan markah vokal untuk Aina Abdul dan Marsha Milan amat tipis. Beliau juga mendedahkan bahawa Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul berada di tempat keempat manakala Salahku nyanyian Yonnyboii berada di tempat kelima.

Comments

Popular posts from this blog

TANAH LOT LIDI ?

Assalamualaikum Guys. Hari ini aku nak buka topik pasal tanah Lot Lidi. bukan penyapu lidi nooo 😂. Kenapa isu ni?. SEBAB sekarang harga tanah memang mahal tetapi ada juga tanah yang memang murah. Tanah yang murah itula tanah LOT LIDI. Apa itu tanah Lot Lidi. Lot lidi merupakan tanah yang mempunyai geran  sah namun akan dibahagikan kepada beberapa lot  yang kecil untuk dijual semula kepada pembeli. Biasanya, ia merupakan tanah yang berstatus tanah  pertanian tetapi dijual sebagai lot bangunan kepada pihak pembeli yang lain. Lot lidi juga  tidak  mempunyai sebarang geran individu berasingan dan berbeza dengan geran kongsi pemilikan  bersama. Dengar maksud pun dah seram kan.  Mau x seram, ibarat beli tanah tp xde nama..Rugi woo😌. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada tanah yang dijual ini merupakan tanah lot lidi: Dijual atas nama lot rumah atau lot banglo tetapi status tanah masih pertanian Pembelian bukan mengikut prosedur jual beli me...

yeyeyeyeyeye hari ni gaji $$$

assalamualaikum korang...kekeke..ap cer..sori sangat u alls x update blog...bersawang blog den ni..kekekeke ( gelak jahat ).. maklumlah bz benor teman..balik umah terus zzz...huk huk.. ok anyway apa plan korang cuti hujung minggu ni.. bagi yang kerja gov memang best le sebab.....                                                                    $$$$gaji dah kuar wei$$$ awal kan tiba2 bank kita mengandung ...upenye dah gaji...sebab apa gaji gov bulan ni awal..sebab nye    nak angpau..huk..huk so boleh la support yang mana hendak balik kampung..tapi mesti kena jimat sebab bulan depan... glrpppp ..lama siut nak menunggu..huhuhuhu..so memang kena spare du...

kembali semula.....hilang lama weiiii....muahhhh

Assalamualaikum korang....perh...giler lama ak senyap...kekeke...5 bulan oooooooo....sebelum 2 aku nak cakap something... hehehe....korang rindu aku x..mesti korang rindu kan..hehe..sebenarnye dalam beberapa bulan ni aku bz gilerr...dengan kerja..dengan outstation...dengan raya..dengan ehem3. ..ops...tbatuk sat.. :p ... apapun ak nak say thanks sbb masih ada yg sudi usah2 blog aku ni...ni baru aku habis buang sawang..aduhhh spider boleh beranak kot....mcm mn raya korang..best x...up sikit... :) .. ok...mlm ni den update cer terbaru... nantikan............... ps-> adasimpankuihrayauntukakux. ... "TERIMA KASIH KUNJUNG BLOG KITA YG SAKAI NI"