Malaysia akan masuk Fasa 'Peralihan ke Endemik' bermula 1 April. Dengan memasuki fasa ini:
✅ Sempadan negara akan dibuka sepenuhnya. Hanya RT-PCR 2 hari sebelum berlepas; RTK-Ag 24 jam selepas ketibaan. Tiada kuarantin.
✅ Pemakaian pelitup muka masih wajib
✅ Pendaftaran guna MySejahtera masih wajib; dikecualikan untuk kawasan terbuka.
✅ MYSJTrace wajib untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu/pengunjung
✅ Had waktu operasi bagi premis dimansuh - pemilik boleh ikut syarat lesen operasi.
✅ Kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.
✅ Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
✅ Aktiviti solat jemaah di masjid/surau atau sembahyang di rumah ibadat selain Islam BOLEH dilaksanakan TANPA penjarakan fizikal. Tetapi pelaksanaan & SOP akhir tertakluk Pihak Berkuasa Agama Negeri & @PerpaduanMalaysia
# LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA#
Comments