Assalamualaikum guys. Apa khabar. Sihat?. Tq korang still lagi terjah blog ni. Anyway belum terlambat ak nak wish Happy New Year 2023. Semoga korang lagi bahagia dan lebih kuat pada tahun ini.
Untuk permulaan tahun ni, aku nak share kat korang kereta yang paling gempak. Korang pun mesti tahu kan kereta ap, Paling laris sampaai waiting list dekat 6 bulan kot 😓. Kereta yang paling dalam pasaran Malaysia ialah PERODUA BEZZA 😋. Sebab apa laris? ni yang aku nak sembang dengan korang.
Sebelum itu, ni spesifikasi PERODUA BEZZA, Model perodua ini ada dua jenis enjin iaitu 1.0 dan 1.3. Bagi 1.3 ada pula dua jenis yang korang boleh pilih iaitu 1.3 Premium X dan 1.3 AV (Modul Tertinggi).
Disini dilampirkan spesifikasi Bezza
Bezza 1.0
Varian ini datang dengan enjin 1,000 cc (1.0 liter) 1KR-VE, versi Perodua enjin Toyota 1KR-DE, yang ia dilengkapi dengan VVT-i, Dengan 67 kuasa kuda dan 91Nm tork, cukup untuk bergerak dari point A ke B. Walaupun enjin 1.0 sahaja, penggunaan petrol sekitar 21.27km per liter. Sangat jimat!. dan yang paling best Perodua x kedekut untuk bagi kelengkapan yg mahal seperti lampu depan dengan LED dan reflektor, lampu belakang dengan teknologi LED, sensor undur belakang, lampu signal pada cermin sisi, dan roda aloi berjejari 14. Bukan rim kompang bro😎.

Bezza 1.3
Varian ini datang dengan enjin 1NR-VE 1.3L Dual VVT-i (94hp, 121Nm) bersama pilihan kotak gear automatik 4-kelajuan. Dengan hp ini, sangat selesa untuk perjalanan jauh. Bezza 2020 ini telah ubah kedudukan tempat duduk belakang agar lagi selesa. Tak perlu nak duduk menegak sepanjang perjalanan. Sakit pinggang oii😓. Bezza 1.3 ini juga sudah upgrade rim 15 inci yg lebih cantik. Pembeli tidak perlu risau dengan istilah SAMPAN. Perodua juga bermurah hati bagi A.S.A ( Bezza AV)!!. WOW. Kereta sedan yang mampu milik dipasang A.S.A. Siapa nak bagi oiii.
Harga Perodua Bezza
Berikut dilampirkan harga Perodua Bezza :
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments